Sunday, October 24, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 12

Assalamualaikum

Kuliah pada minggu ini telah menyajikan saya dan rakan dengan sebuah tajuk baru yang unik dan amat menarik minat saya untuk terus mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai tajuk ini. Tajuk yang menjadi pilihan pensyarah pada minggu ini adalah Gendang 24 Musim. Tajuk ini merupakan tajuk baru kepada saya.

Penerangan diteruskan dengan menerangkan serba sedikit mengenai pengenalan dan sejarah gendang 24 musim. Gendang 24 musim dikatakan berasal dari satu musim pertanian di negara China. Nama setiap musim itu ditulis pada gendang yang dimainkan dengan kaligrafi Cina. Di China, dikatakan mempunyai 4 musim besar, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin, musim ini dibahagikan kepada 6 musim kecil berasaskan pertanian yang terdapat di negara mereka.

Kuliah diteruskan lagi dengan menjelaskan mengenai gaya persembahan yang terdapat di dalam ensemble gendang 24 musim ini. Semasa persembahan pemain dikehendaki memakai pakaian tradisional lelaki Cina. Namun demikian, mereka juga menggunakan prop sampingan seperti topeng, tali pinggang, dan sebagainya.

Seterusnya, kami diterangkan pula mengenai alat muzik yang digunakan di dalam ensemble gendang 24 musim ini. Semestinya ensemble ini menggunakan gendang. Gendang yang digunakan adalah Gendang Shigu iaitu dram tarian singa tetapi ada juga yang menggunakan gendang Longgu. Kedua-dua gendang yang digunakan oleh ensemble ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara, kerana ianya dilihat hampir sama dan berbentuk tong. Ia dikatakan berbentuk tong kerana gendang ini besar.Saya berharap agar suatu hari nanti saya akan bermain gendang 24 musim ini kerana ianya menarik dan unik bagi saya.

Sekian Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template