Tuesday, August 31, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 7

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…..

Minggu ini telah masuk minggu ke tujuh bagi sesi kuliah 2010/2011, pada minggu ke tujuh ini, tiada lagi penerangan daripada en amran tentang muzik – muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Pada minngu ketujuh ini bermulanya sesi pembentangan setiap kumpulan yang telah dibahagikan. Pembentangan pada minggu ketujuh tersebut melibatkan sebanyak 2 kumpulan. Tajuk yang telah dibentangkan oleh kedua – dua kumpulan pada minggu ini ialah Keroncong dan juga Kuda Kepang. kesemua pembentang bagi tajuk ini kelihatan sudah bersedia. Pada minggu ini entri yang akan saya tulis adalah mengenai kedua-dua tajuk tersebut serta beberapa pandangan peribadi saya terhadap pembentangan oleh kedua-dua buah kumpulan.

KERONCONG

pembentangan tajuk kerongcong dimulai dan di perkenalkan oleh saudari Syafiqa. Beliau telah menerangkan beberapa jenis serta istilah yang berkaitan dengan keroncong. Antaranya ialah:
1 Gelang Keroncong
2 Nasi Keroncong
3 Alat Muzik Keroncong
4 Muzik Keroncong
5 Keroncong Asli
6 Teh Keroncong
Sejarah Keroncong
Terdapat pelbagai pendapat tentang kemasukan muzik kerongcong ini,ada pendapat-muzik yang mengatakan bahawa muzik keroncong ini dibawa masuk oleh orang Portugis.Pendapat lain pula alat-alat muzik yang berasal dari Barat digunakan dalam muzik keroncong seperti gitar, ukulele, biola, dll.Ada sejenis alat muzik yang masih dimainkan di Portugal & Sepanyol dimainkan iaitu 'charanga' (bentuk seakan-akan ukulele)




ukulele
1 Kemasukan seni barat pada mulanya tidak diterima. Tetapi lama-kelamaan turut terpengaruh.
2 Pengaruh permainan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pemuzik-pemuzik dengan membuat penyesuaian permainan alat-alat muzik barat ke dalam permainan gamelan mereka.
3 Alat muzik barat yang mempunyai fungsi sama dengan gamelan digunakan untuk memainkan lagu-lagu gamelan.
4 Akhirnya, kacukan antara alat muzik barat dengan gamelan ini melahirkan sejenis muzik yang dinamakan 'KERONCONG'.
5 Gamelan yang terkenal di sunda / Jawa Barat- Gamelan Degung.
Gambar 3: Gamelan Degung

1 Alat-alat gamelan degung:
2 suling
3 peking (saron)
4 bonang
5 Jengglong (kenong)
6 Gong
7 Kendang (gendang)
8 Cempres ( penerus)
9 Kecapi ( alat tambahan)
10 Rebab-(alat tambahan)
11 Gambang-(alat tambahan)
: Suling

: Kecapi
Dari segi permainan, muzik gamelan degung mempunyai cara yang teratus dan jarang-jarang diubah. Muzik keroncong pula memberi kebebasan kepada pemain-pemain mengubahnya mengikut selera dan kehendak zaman.Masing-masing menggunakan counter melody dan improvisasi dalam permainan.

Jadual 1: Perbezaan antara Gamelan & Keroncong
Sejarah Keroncong di Malaysia
Mula masuk ke Malaysia pada sekitar tahun 1940-an.Dibawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja.Selain mencari nafkah, mereka juga membawa kesenian mereka.Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama-kelamaan setelah perang dunia kedua, ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong seperti P.Ramlee, Zubir Said, Johan Bahar & ramai lagi.
Alat muzik Keroncong
1 Biola
2 Flute
3 Gitar
4 Cuk
5 Cak
6 Cello
7 Double Bass
: Biola

: Flute

: Gitar

: Cuk & Cak

: Cello

: Double Bass




KUDAKEPANG

Sejarah
1 Tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa.
2 Nama lain- jaran kepang, kuda lumping Jathilan & ebeg.
3 'jaran'=kuda, 'kepang'=anyaman.
4 Dibuat daripada buluh/pandan yang dianyam.
5 Papan lapis/kulit lembu.
6 Baldu-persembahan peringkat tinggi
Sejarah Perkembangan
1 Soedarsono (1983)-sebelum berlakunya perkembangan Islam.
2 Dimainkan dalam upacara pemujaan.
3 Membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.
Alat-alat Muzik
1 Gendang Jawa
2 Gong
3 Jidur
4 Kenong Kuda Kepang
5 Saron Pekin
6 Angklung
7 Bonang

: Gendang Jawa

: Gong

: Jidur

: Saron Pekin

: Angklung
Kostum
1 Pakaian tradisi Jawa Kuno
2 Seluar dijahit dengan batik
3 Ketopang atau Tengkolok

Kostum penari kuda kepang
Cara, Fungsi & Bilangan Penari
Cara persembahan dipersembahkan di tempat terbuka, di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan & membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda.Menggunakan telur mentah, bunga, rumput, & air untuk persembahan.Apabila muzik bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan & agak membosankan.Setiap penari akan menunggang & memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak & irama lagu itu.Ketika muzik semakin pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.Penari melakukan pergerakan aneh & luar biasa.
Penari menari selama 2 jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan mereka.Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar-benar sambil menari-nari dengan iringan muzik.Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu & dipanggil 'naik syeh'.Bilangan Pemain=memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang.9=penari, 5=pemain muzik, 2=bomoh pemulih, 9-15=penjaga kawasan.Seorang daripada penari bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil 'dayang'.Bilangan kuda kepang yang digunakan ialah sekurang-kurangnya 9.Fungsi=Mulanya biasa seperti 'sepak raga'.Sambutan penduduk membuatkan ia berkembang.tarian ini dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian ketika menyambut orang kenamaan, perkahwinan & hari perayaan.
Pantang larang
1 Memberi pengeras kepada tok Bomoh persembahan.
2 Tidak boleh melihat kain berwarna merah.
3 Tidak dibenarkan terlihat mahupun melihat kaca/serpihan kaca.
4 Tidak boleh diacah semasa dalam tarian.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template