Monday, August 2, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Assalamualaikum, salam sejahtera...

kuliah muzik tradisional malaysia telah masuk minggu ketiga.pada Setiap minggu kuliah ada sahaja perkara baru yang dapat kami pelajari daripada pensyarah kami iaitu en amran.banyak informasi - informasi yang baru saya dapat dari beliau dan Ianya membuatkan saya semakin teruja untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam lagi.
Pada minggu ketiga ini, kami telah mempelajari tentang kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia, kategori muzik tradisional malaysia dan ciri-ciri muzik traditional malaysia.

Kuliah pada minggu ini telah diadakan di bilik Brassband. Ini, kerana bilik makmal komputer yang selalu digunakan kini tidak mampu untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. kuliah di mulakan dengan topik perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Dua istilah baru yang saya pelajari ialah adaptational dan idiosyncratic. Adaptational ialah penyesuaian. penyesuaian yang di maksudkan ialah dari segi bentuk atau gaya persembahan itu sendiri. contoh yang terdekat ialah Ghazal. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis ghazal, antaranya ghazal phati dari utara dan ghazal Johor dari Johor. walaupun kedua-duanya merupakan muzik ghazal tetapi ianya di persembahkan dengan cara dan gaya yang berlainan mengikut daerah atau negeri.
Idiosyncratic pula adalah bermaksud gaya atau cara tersendiri.disini apa yang saya faham tentang idiosyncratic ianya merupakan klasfikasi atau fungsi atau sejarah sesebuah alat muzik itu ialah contohnya gambus berasal dari timur tengah dan kemudian berhijrah ke dunia melayu pada abad ke 14, walaupun berasal dari timur tengah, tetapi kita cuba menyesuaikannya dengan cara dan adat kita di sini.

seterusnya ialah klasifikasi alat muzik. disini kita dapat mengklasifikasi 3 alat muzik iaitu:

( A ) perkusi
( B ) bertali
( C ) tiupan

tiupan terbahagi 2 iaitu tiup kayu dan brass. kedua - dua katogori tiupan ini slalu saya dengar terutamanya di dalam orkestra.

sesi pengajaran diteruskan dengan ciri-ciri muzik tradisional. disini Barulah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi, yang sebenarnya terdapat 2 jenis tradisi muzik di malaysia iaitu tradisi besar (istana / klasik) dan tradisi kecil (budaya rakyat). ianya telah di pecahkan kepada 4 kategori utama iaitu muzik rakyat, klasik, sinkretik dan kontemp.sebelum ini saya pernah mengikuti subjek aprisiasi muzik yang turut mempelajari muzik tradiosanal ini,tetapi dengan adanya subjek ini ianya menceritakan dengan lebih mendalam lagi tentang muzik tradisional malaysia ini.

selain daripada itu terdapat 6 ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular, dan esembel lain. terdapat beberapa elemen muzik yang pernah saya dengar tentang kewujudanya tetapi tidak pernah melihat atau bercakap tentang muzik ini contohnya mek mulong.disini saya sangat bertuah kerana dapat mempelajari muzik - muzik tradisional yang terdapat di negara kita ini

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template