Saturday, August 7, 2010

JURNAL REFLEKSI : MINGGU 4

asalamualaikum...

pada minggu keempat ini saya terasa amat teruja untuk mempelajari subjek muzik tradisional malaysia ini.seperti minggu lepas kelas diadakan di bilik brassband.tajuk yang di bincangkan pada minggu keempat ini adalah wayang kulit.wayang kulit merupakan salah satu seni warisan utama di negeri saya iaitu kelantan.sebagai anak kelantan saya amat berbangga dengan adanya seni warisan ini.sebelum memasuki kelas ini, saya telah mengetahui serba sedikit tentang wayang kulit ini,yang di ceritakan oleh orang-orangtua di kampung saya.setelah memasuki dan mempelajari topik wayang kulit ini,rupa-rupanya terdapat banyak lagi informasi yang saya tidak tahu.sebelum ini saya hanya tahu 2 jenis wayang kulit sahaja iaitu wayang kulit kelantan dan juga wayang kulit jawa.tetapi terdapat lebih dari itu.terdapat 4 jenis wayang kulit yang terdapat di nusantara ini iaitu :-

1 Wayang Kulit Jawa : Dikenali sebagai Wayang Purwa yang berasal dari Indonesia. Ianya masih mengekalkan ciri wayang kulit asal serta dipersembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor & Selangor dan diiringi oleh Gamelan Jawa. Secara ringkasnya, isi cerita wayang ini adalah berdasarkan cerita Pendawa Jawa dan disampaikan dalam bahasa Jawa & diselitkan juga dengan dialek tempatan. Patung-patungnya menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaannya hanyalah dari segi bentuk mata patung. Alat muzik membranofon dan juga Idiofon sahaja yang digunakan dalam wayang ini.

2 Wayang Gedek : Wayang ini terdapat di Kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah & Perlis dan dikenali juga sebagai Nang Talung. Ianya menggunakan bahasa Thai dan disampaikan dalam longhat Siam dan dialek Melayu Kedah kerana ianya berasal dari Thailand. Wayang ini menggunakan patung kecil serta muka patung berada di posisi hadapan. Wayang ini berdasarkan Epos Ramayana-Ramakien serta dominan dengan pengaruh Siam. Isi ceritanya mempunyai persamaan dengan Nong Talung dan penerapan unsur-unsur tempatan. Alat muzik yang digunakan sama sahaja dengan wayang kulit Jawa, tetapi instrument serunai yang membezakan antara keduanya

3 Wayang Kulit Melayu : Ianya dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari indonesia dan berkembang pada abad ke 19/20. Wayang ini dimainkan di Istana Patani. Bentuk patungnya mengikut stail Pulau Jawa yang boleh digerakkan kedua-dua belah tangan. Cerita juga disampaikan dalam bahasa Jawa dan diselitkan dialek Melayu tempatan. Alat muzik yang digunakan adalah rebab 2 tali, gendang ibu & anak, mong, canang, kesi dan gong.

4 Wayang kulit Kelantan : Ianya berdasarkan Epos Ramayana. Watak Peran ialah Pak Dogol & Wak Long. Isi ceritanya adalah dalam Hikayat Seri Rama. Patungnya diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas kenderaan. Bahasa yang digunakan ialah dialek Melayu Kelantan. Alat muziknya pula ialah sepasang geduk, sepasang gendang, sepasang gedumbak, serunai, canang, kesi & tetawak.

setiap jenis wayang kulit ini,pensyarah kami telah menunjukan video dimana untuk membezakan keempat-empat jenis wayang kulit ini.wayang kulit juga kini turut revolusinye yang tersendiri,dengan adanya bantuan teknologi yang canggih,wayang kulit kini telah beralih kebentuk animasi.ini adalah untuk menarik minat golongan muda untuk mentonton dan mengenali identiti mereka.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 AMIRUL Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template